Pengenalan Sistem
Perpustakaan Digital Sistem Pengurusan PerpustakanSistem ini dibangunkan oleh bekas graduan pendidikan dari Universiti Malaya iaitu Muhammad Afdhal bin Hassan. Dia mendapat idea untuk membangunkan laman web Perpustakaan Digital selepas pemerhatiannya di sekolah dia menjalani latihan mengajar dan guru ganti. Oleh itu, Muhammad Afdhal telah mengambil keputusan untuk menbangunkan laman web perpustakaan digital sekolah selepas dia tamat latihan mengajar di sekolah.
Sistem ini mengabungkan dua fungsi utama iaitu Perpustakaan Digital dan Sistem Pengurusan Perpustakaan yang diberi nama Perpustakaan Digital Sekolah (PDIGITAL). Fungsi utama
Perpustakaan Digital membolehkan guru atau pentadbir perpustakaan memuat naik buku teks, buku nota/majalah sekolah,buku terbitan dan latihan dalam talian. Akses kepada bahan yang dimuat oleh cikgu adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Sebagai contoh, jika buku nota yang dimuat naik oleh guru tersebut UMUM, maka semua boleh akses termasuk pengguna yang tidak mempunyai akaun.
Sistem Pengurusan Perpustakaan pula membolehkan pentadbir menguruskan peminjaman atau pemulangan buku yang terdapat di dalam perpustakaan. Sistem ini memudahkan pentadbir kerana semua rekod buku direkodkan di pangkalan data. Rekod buku juga mempunyai nombor perpuluhan dewey yang memudahkan pentadbir menyusun semula buku di tempat yang sepatutnya.
Perancangan masa hadapan
Perancangan Afdhal di masa hadapan ialah dapat menambah lagi ciri-ciri yang ada disamping menambahbaik sistem yang sedia ada. Perpustakaan Digital Sekolah juga akan ditambah ciri seperti memuat naik video pengajaran dan sebagainya.
Perancangan Afdhal
Daripada saya pula, Insyaallah pada hadapan saya akan membangunkan dua lagi sistem utama iaitu sistem keluar masuk pelajar asrama dan E-Kedatangan Pelajar. E-Kedatangan Pelajar satu sistem yang besar dimana pelajar yang datang ke sekolah hanya perlu imbas kad pelajar di pondok jaga menggunakan pemgimbas barkod, dan data kedatangan mereka boleh disemak terus oleh guru kelasnya.